Salam semua................Nora Elena dah pun berakhir....memang best giler la drama yg telah diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci tu kan..i like1000x.....pelakonnya mantop........Aaron Aziz yg ensemmmm...Siti Salihah yg comel lotte....betul tak kawan-kawan??nanti saya nak cari jugak novel ni...hehehehe...opsssttt...mlm ni aku sebenarnya nak story sket pasal drama Stanza Cinta.....hehe
Ok berbalik kepada Drama stanza cinta yang akan di tayangkan di tv3 , ia adalah terbitan Grand Brlliance, arahan Along Kamarudin dan bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam.. mulai 19 Jun 2011...13 episod tau ..ok,kawan-kawan mesti suka tau tgok drama ni..kenapa mesti suka drama ni ? of coursela...sebab ada abg Aaron Aziz..haha .. tak boleh blah je ayat sebab ada Aaron aziz tu kan..
Kisah Stanza Cinta ni dilakonkan oleh para pelakon terkenal seperti Nur Fathia, Fizz Fairuzz dan Aaron Aziz.
Drama ni jugak berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
Actually drama Stanza Cinta ni juga di adaptasi dari novel , so lebih kurang mcm Drama Nora Elena lah kan .. mesti penuh dengan sedu sedan dan romantis yang tak masuk di akal ,tapi watak–watak yang ditonjolkan dlm drama ini lebih suci , berimagekan islam...ala macam drama Nur Kasih la....moga dapat memberi nilai kepada penonton kan ..
p/s: pasti drama Stanza Cinta ni mengubat rindu kiter semua pada drama Nur Kasih & Nora Elena kan....sape setuju sila angkat tangan..hehehe