hi dear........pe kabar u all???
hrni aku nak share ngan korang about one of my fav novel.......for me novel ni memang best giler!!xtau la korang camne...tp novel ni memang yg TERBAEK antara koleksi2 yg aku ader.........cayala!!aku xpenah rs boring+muak+jemu even dh berapa puluh kali aku baca....knape??????????erm...mcm aku kata td.....citernye mmg best tahap gabann.......jln citernye mmg menyentuh jiwa..mcm2 rasa la..bak kata org..ade sweet sour gitu...hohoho..kdg2 ade part yg lawak..marah...geram pn ade tau....hihihi
tajuk novel ni "BICARA HATI"....penulisnya DAMYA HANNA...korang penah baca x????ke korang dh ade koleksi novel ni????klu korang xpenah bc lg...aku syorkan korang BACA..!!.xrugi........xkan menyesal.....beli n then, simpan as ur collection yep....
meh sini nak citer sket....novel ni mengisahkan Tengku Syahran & Zahlia berkahwin bukan atas dasar cinta..tetapi..lama-kelamaan rasa cinta tu terbit dalam hati mereka..Tengku Syahran yang selama nie begitu setia pada cinta orang yang telah tiada, akhirnya terpaut pada keayuan Zahlia...so sweet kan...kalau nak tahu lagi citernye sterusnya mcm mane..korang bacala sendiri..tp aku galakkan korang sediakan tisu sebelum hujan yep....knape aku cakap mcm tu????hahahaha..korang pikirla sendiri yep....
![[bicara-hati-new.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU77qccRSiMdM-wxqQq881E9FnQOeNWrF_yo5vtMi8eC9BEw5z6MItsrls3NYEcmqdxe-PaAs3Lod7ciLBPlbQ-vmt5YlVAGvKqPJsnWsvIQRcNLxMcxN5C6PdVf_Nq7ktV7x2y2j9SNbS/s1600/bicara-hati-new.gif)
Tajuk : Bicara Hati
Penulis : Damya Hanna
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Harga : RM18.00
Bilangan muka surat : 576
SINOPSIS:
***p/s:sinopsis diambil dari kulit buku...hehehe:)***
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
No comments:
Post a Comment